Skip Navigation

PENTING !! - Terma Urusniaga

1. Harga produk di AmboiShoppe.com TIDAK termasuk harga pos kecuali dinyatakan. Kos penghantaran ditanggung oleh pembeli.

2. Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk penghantaran produk. Kadar pos bergantung kepada berat dan lokasi .Tempoh penghantaran antara 2-3 hari waktu bekerja bergantung kepada lokasi anda.Sila rujuk laman web POS MALAYSIA untuk maklumat lanjut.

3. Produk yang dibeli tidak boleh dipulangkan semula kecuali berlaku kerosakan dari pihak kami. Kami akan bertanggungjawab sepenuhnya dimana penghantaran dan pengeposan semula produk kepada anda ditanggung sepenuhnya oleh kami.Pastikan produk yang diterima berada dalam keadaan yang baik sebaik sahaja sampai ditangan anda. Produk yang rosak hendaklah dimaklumkan kepada kami selewat-lewatnya 3 hari setelah anda menerimanya.

4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika anda melakukan kesilapan seperti tersalah warna atau saiz ketika melakukan pembelian di laman web ini. Pastikan anda memeriksa dengan tepat warna,saiz atau ukuran anda.

5. Pembayaran produk boleh dilakukan melalui:
Photobucket Photobucket


6. Sila Rujuk bahagian "Cara Membeli" untuk mengetahui proses yang perlu dilakukan jika anda ingin mendapatkan produk di laman web ini.Setelah kami menerima tempahan dari anda, kami akan mengirimkan email kepada anda menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil seterusnya beserta dengan no.akaun dan kos penghantaran produk yang perlu dibayar.

7. Setelah anda menerima email dari kami,maka pembayaran perlulah dilakukan selewat-lewatnya dalam 3 hari. Jika kami tidak menerima sebarang maklumbalas dari anda, kami boleh membatalkan tempahan tersebut dan berhak untuk menjual semula produk tersebut kepada umum.

8. Pakaian kanak-kanak adalah dari 'over-run export' dan berada dalam keadaan yang baik dan baru. Label pakaian yang bertanda atau dipotong adalah normal.Pakaian kanak-kanak yang dipaparkan adalah dari gedung Factory Outlet.



Terima Kasih..
Harap dapat berurusan lagi..